In the Dewan Rakyat, 23 April 1997
Why we have failed, and why we shall continue to fail if we were to leave it to these people...
Tuan Lim Guan Eng [Kota Melaka]: Saya ingin bertanya apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan ke atas masalah ini kerana saya rasa kita harus ambil satu holistic approach bukan sahaja kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi oleh keseluruhan kerajaan. Kerana kalau kita gagal berbuat demikian ia akan membebani negara dan akan mengakibatkan kos yang agak tinggi ke atas ekonomi kita. Dan pernah pula ada satu kajian yang dibuat baru-baru ini bahawa kos kesesakan lalu lintas dianggarkan sebanyak RM25 bilion setahun. Kerana dari segi pembaziran masa, dari segi time management, apabila kita hendak sampai ke tempat kerja dan balik ke rumah kita perlu habiskan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam dari segi produktiviti, kerugian produktiviti dan juga kerja saya rasa itu adalah satu jumlah yang agak tinggi dan dianggarkan sampai tahap 25 bilion.
Kalau begitu, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu bukanlah satu jumlah yang kecil dan saya rasa kerana ia sudah sampai ke satu tahap yang boleh di anggap sebagai satu krisis, kerajaan harus memeranginya dan menganggapnya sebagai satu krisis melawannya dan memeranginya dengan serius. Janganlah mengambil tindakan seperti sekarang an ad hoc approach, dengan izin. Kalau kita hendak mengatasi masalah kesesakan lalu lintas kita hanya ad hoc, mungkin sana buat sikit bus lane, sini buat bus lane tapi akhirnya kenapa ia sesak juga, kerana bottle neck yang sedia ada tidak di atasi. Sungguhpun ada bus lane tetapi bus apabila sampai ke tempat tak ada lorong bas lagi dia kena keluar, sanapun kena bottle neck. Ini tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan untuk mereka yang memiliki kenderaan khususnya pelabur-pelabur sektor swasta terutamanya dari segi pengangkutan bila mereka hendak membawa barang-barang mereka dari satu tempat ke tempat yang lain, saya rasa ini melibatkan kos dan tidak boleh dinafikan sungguhpun lorong bas ada mempertingkatkan atau memperbaiki kedudukan untuk mereka yang menaiki bas. Tetapi untuk pemilik-pemilik kenderaan keadaan sudah menjadi lebih teruk di mana masa atau kesesakan yang sedia ada bertambah buruk dan di sini saya harap bahawa pihak kerajaan kalau hendak memperuntukkan satu lorong khas untuk lorong bas saya harap jalan raya yang sedia ada boleh dilebarkan. Kerana kalau tidak dilebarkan yang eight-lane highway, dengan izin, akan tinggal six-lane highway. Untuk kenderaan-kenderaan yang lain, kenderaan swasta saya rasa ini akan memburukkan lagi keadaan kesesakan lalu lintas. Baru-baru ini cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bahawa bangunan-bangunan tidak perlu ada tempat letak kereta supaya kita boleh mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, saya rasa adalah dengan izin short-sighted. Tidak menerusi pertimbangan yang waras, yang cerdik kerana masalah kesesakan lalu lintas saya rasa bukanlah setakat tapak meletak kereta. Kalau bangunan-bangunan tidak dikenakan untuk menyediakan tapak meletak kereta saya rasa ia tidak akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas kerana pengangkutan awam yang sedia ada tidak memuaskan. Kalau ia amat baik, lancar, saya rasa rakyat dengan sendirinya akan menggunakan sistem pengangkutan awam dan tidak akan bersusah payah bangun pukul 5.00 pagi supaya boleh sampai ke tempat kerjanya pada pukul 8.30 atau 9.00 pagi. Inilah masalahnya bahawa sistem pengangkutan awam kita teruk sangat. Oleh yang demikian saya harap bahawa pihak kerajaan dengan izin take a holistic approach bukan secara ad hoc, sini baiki sikit, sana baiki sikit, selepas ini macam dengan izin putting patches here and there. Akhirnya ia tetap akan bocor you patch here, you patch there tetap akan bocor kerana akhirnya tidak boleh tahan juga. Oleh sebab itu saya rasa apa yang dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat Menteri Pengangkutan saya rasa tidak logik dan tidak rasional langsung kerana dari segi ekonomi kalau tidak cukup tapak letak kereta, lain kali kalau ada pengusaha yang akan menyediakan satu tapak hanya untuk membolehkan orang awam meletakkan kereta dan saya rasa ini tidak akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kalau kita lihat contoh Bangkok sungguhpun tidak cukup tempat letak kereta dia sesak juga, dia tetap sesak juga. So, masalah utama ialah dari segi sistem pengangkutan awam yang tidak memuaskan dan apa-apa sistem yang dipakai tak boleh jalan langsung. Macam Intrakota sebelum Intrakota diperkenalkan adalah digembar-gemburkan bahawa ia adalah satu sistem yang paling canggih, yang paling baik, yang paling maju, yang paling efisyien sekali. Tetapi apabila ia diperkenalkan, sama juga, lagi teruk ia makan duit penumpang
sungguhpun Kabinet telah mengarahkan bayar balik ...
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]
Tuan Lim Guan Eng: Nanti sekejap, saya habiskan dulu. Sungguhpun Kabinet telah mengarahkan mesti membayar balik 10 sen kepada setiap penumpang, ia masih belum dilancarkan. Oleh sebab itu saya rasa ini menunjukkan bahawa, apa-apa sistem semuanya tak ada sistem. Macam kerajaan nampaknya tak ada sistem.
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat dari Kota Melaka ini dia kurang arif ataupun tidak faham apa yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan. Masalah letak kereta ini akan hanya kita implemenkan setelah kita selesai masalah sesakan lalu lintas iaitu dengan kita punya perjalanan, tidak ada jam lagi di sana dan di sini. Jadi Yang Berhormat tadi hanya menyatakan tidak boleh selesai dan tidak mungkin selesai. Adakah pihak Yang Berhormat pernah membuat cadangan untuk menyelesaikan masalah ini kerena pembangunan di bandar raya ini begitu pesat. Kita hendak pembangunan, kita hendak maju di samping itu pula kita hendak memudahkan lalu lintas di bandar raya. Jadi, kerajaan sudah berjuta-juta ringgit, beribu-ribu juta ringgit belanja untuk memudahkan lalu lintas di bandar raya. Jadi, adakah pihak DAP pernah memberi cadangan, kalaulah cadangan itu baik kepada kerajaan ataupun hanya mengkritik dan tidak pernah memberi pandangan. Terima kasih. Yang Berhormat setujukah tidak ni?
Tuan Lim Guan Eng: Saya rasa Yang Berhormat, kalau nak tunjuk pandai ini bukan tempatnyalah. Dan kalau nak cuba...
Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, jawapan, jangan dok kata tunjuk pandai, jawapan, adakah Yang Berhormat bersetuju pandangan saya?
Tuan Lim Guan Eng: Saya belum ada peluang untuk jawab, jadi sabar sikitlah. Kalau hendak sokong, hendak jack sikit Yang Berhormat Menteri Pengangkutan saya rasa ini biarlah kepada konco-konconya dalam MCAlah. Yang Berhormat tak payah susah payah buat kerja itu.
Hansard

1 Comments:
This was a lovely blog post
Post a Comment
<< Home